
credit to google
Malam tadi as usual sy akan set alarm guna phone jam 6am. Ok! Molekla bangun pukul 6 esoknya untuk solat Subuh kan :)
So lepas tu pun tidurla, dah garu2 kan Husna yg gatal2 ekzema kan. Tup2! Sy rasa macam baru tidur. Dengar2 dah keluar lagu bismikallah ala lagu hijjaz yg doa pagi tu kan. Menandakan alarm sy sudah berbunyi.
2-3 kali jugakla dia alert bunyi. Sudahnya sy bangun jugala. Gosok gigi dan ambil wudhu' then terus tunaikan solat Subuh. Selesai sy solat, encik abang pun bangun dia tengok jam dah pukul 6.57am.
Kalutla dia pergi bilik air sume kan. Sy sambung baring2 balik. Tak lama tu, encik abang dah siap2 nak solat dia tanya sy.
"Huda, tahu tak pukul berapa sekarang ni?"
"errr...7 lebih kut...nape bang?"
"Abang tengok kat jam kecik tu
(jam di atas meja solek) baru 3.20am...jam handphone ni salah la...nyaris abang tak campak jam kecik tu keluar, kutla dia salah kan.."
"ye ke?hehehe..cam mana boleh salah jam handphone ni?..."
lalu ayat2 encik abang, "abang ingat dah lambat terus mandila nak pergi kerja...tp abang pelik apsal sunyi je tak de dengar bunyi motor ke, kereta ke, pastu kat luar tu gelap je..."
hehehhe...u all guestla, sy dah pun solat Subuh jam 3 :) siap boleh fikir lagi dalam kepala nak buat breakfast apa sambil baring2 tu. Can imagine? Nasib baik tak turun bawah masak air ke apa kan. Pelik pulak macam nak bangun sahur :)
Encik abang apa lagi, terus solat tahajud dan tak boleh tidur lepas tu
(dah mandi kan, segar)Pagi tadi lepas Subuh tersengguk2 dia...tak cukup tidurla kiranya. Aih...macam mana sy boleh tak perasan jam tu salah. Hehe.
*Moral of the story, please chek jam anda betul ke tidak before set alarm tu. Kalau tak jadi macam syla bangun Subuh jam 3am :)