Thursday, May 27, 2010

Dah baik

Alhamdulillah, petang semalam handphone sy kembali aktif selepas dihantar repair. Kena RM90. Mak aih, mahal gak la kan...tp no complaint. Bersyukur saja bila dah baik semula kan :) Lgpun, encik abang yg bayar. Memang rasa bersalah sangat, sy yg dengan tidak sengaja merosakkan everything but tiba tang bayar repair encik abangla yg keluar duit. Dah tu, sy tak bergaji kan :) Tq encik abang.

Handphone K800 encik abang baru dihantar repair semalam. Mudah2 an boleh diselamatkan juga. Kasihan sangat tengok encik abang pakai handphone lama sy tu, nokia 6020. Mudah2 an yer bisa diselamatkan, Amin~

Esok cuti kan, Paka memang cuti Jumaat. Kami nak balik kampung encik abang di Perak. Then, Saturday nya beramai2 together with semua famili akan ke Pangkor. Saja cuti2 dengan famili encik abang. Dah lama plan, baru now insyaAllah menjadi. Dekat je rumah PIL dengan Pangkor. Ahadnya chek out. Dan kami terus cuti sampai Isnin. Selasa baru start kerja. Apa pula plan kawan2 blogger yg lain? Cuti2 juga? Jom kita cuti2 sama2 sementara belum school holiday ni kan :)

source image from google :)

Husna la ni :) pipi shembol2..



Happy birthday to Pn.Faryza hari ni yer..moga murah rezeki selalu :)

Wednesday, May 26, 2010

Kembara di Redang Island

Cuti2 di Redang memberi 1000 hikmah dalam diri sy dan juga keluarga. Di samping bercuti, kami dapat menikmati keindahan ciptaan Allah dan segala yg ada di dalam lautan ciptaan Nya. Sungguh indah dan permai. Sukar untuk didescribe melalui penceritaan. Hanya mereka yg alaminya akan faham erti sebenar kembara di laut dalam :) Oh lupa! Kami pergi berkumpulan dgn orang2 stesen encik abang maka, sy pun tak sure kalau pergi sendiri berapa yg kena bayar. If banyak duit, stay saja di Berjaya Redang :) 1 malam ada dalam 500++ kut. Tp nicela, beach dia private, pasir nya halus saja :)

Husna dah ketar dah tu...

all of us :)

Berpeluang menyaksikan sunset yg sungguh cantik pada hari pertama, petang pertama kami di Taman Laut. Sama seperti melihatnya di Tanah Lot, Bali last year. Tp di sini kita jarang sangat dapat lihat sendiri sunset tu.
beautiful sunset...

Snorkeling di taman laut, satu pengalaman yg indah kerana ikan2 di sini sangat friendly dan cute :) Apabila roti ditabur, cepat2 mereka datang berkumpulan untuk makan. Boleh kata, mereka tu sentiasa lapar agaknya :) Coral usah kata la, memang sangat cantik. Ada ikan kembung, bayan etc. Tak tahu nama actually :P


nice corals...wonderful

Other else, kami berpeluang dibawa menaiki bot ke Pulau Kling, and one more pulau sy dah lupa namanya untuk melihat coral2 yg ada. Memang nice and superb. Cantik tak hengatla orang2 sekarang kata. Hehe. Cumanya, sy dan encik abang tak join aktiviti mencandat sotong dan fishing kerana takut mabuk laut kan :) Prefer duduk dalam air untuk snorkeling daripada duduk dalam bot yg teroleng oleng tu :) Kalau 2-2 dah mabuk kang, Husna sape nak handle? Hik3.

snorkeling dan scuba diving...
pelbagai spesis ikan dapat dilihat...

Yg paling memorable, ialah melihat sendiri telur2 turtle menetas dan anak2 turtle tu keluar dari telurnya. Ni aktiviti di pagi hari after kami breakfast. Alahai, cute sangat. Tengok sendiri mereka dilepaskan ke laut. Rasa excited sampai nak menitis air mata sebab masa kita lahir, mak kita ada kan...tp mereka, terus dilepaskan ke habitatnya semula. Dah memang nature begitu kan. Mencari sendiri makanan dan berdikari di dalam laut yg penuh jurang itu. How come? Dalam 10, 000 tu hanya 1 saja yg akan terus hidup dan membesar. Paling lucu, malam ke 2 tu, based on encik abang punya ceritala sebab time tu sy tido awal dgn Husna, mereka ramai2 nampak ibu turtle naik nak bertelur. Tunggu punya tunggu almost sejam gitu, beriya2 mereka tunggu dia naik. Ntah macam mana, dah naik tu ibu turtle tu boleh patah balik turun semula ke laut. Agaknya dia dengar orang bising2 kut and ada cahaya. Tu yg tak jadi nak bertelur tu :)

her 1st journey to the sea...

Sy dan encik abang juga berpeluang untuk mencuba scuba diving as a free. Dulu masa di Bali pun kami dah try tp time tu kena bayar la kan. Best sangat. Macam2 aksi kami buat kat dalam laut tu tp laut yg cetek sajalah siap boleh cecah kaki. Thanks to Cikgu Budi dan Cikgu Faryzal sebab ajar kami scuba.

Pendek kata, semuanya indah dan menarik untuk dikenang. Sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana, Alhamdulillah semuanya baik2 saja kecuali itula hal yg itu. Hand phone dan digital camera masuk ke dalam laut. Kenapa? Ceritanya begini, sy nak ambil gambar2 Husna ketika mandi di laut, sy masukkan all the items ke dalam saku tracksuit. Bila dah masuk laut, sy pun masuk sekali dan terlupa langsung semua tu still dalam saku. Hambik ko! Dah basah semuanya :( Masin punya air laut, punah segalanya.


psst: esei ditulis oleh Huda :)

Tuesday, May 25, 2010

Husna pun snorkeling

Hari tu masa pergi Redang, sy dan encik abang bergilir2 la pergi snorkeling sebabnya ada budak comey ni seorang kan. Husna snorkeling juga, tolong bagi ikan2 makan roti :)

Dia nampak je ikan makan, terus excited. Ummi dan abah pulak selam2 dalam laut tu. Masin tak ingat air laut tu. Patut senang nak terapung kat situ. Bergelen2 air laut kami telan :) SubhanaAllah, meriah sungguh melihat kehidupan di dalam laut ni. Semuanya nampak indah dipandang. Pelbagai spesis ikan boleh dilihat. Nemo pun ada :)

Sukanya Husna melihat ikan2 berebut nak makan roti yg kami campakkan. One thing yg sy notice, Husna bila kita campak dia dalam laut, automatik kaki dia akan beralun2 seperti hendak berenang, tp memang betul pun, baby memang akan automatik begitu. Lebih mudah kalau nak ajar mereka berenang ketika umur masih kecil. Itu adalah kata2 cikgu yg ajar kami snorkeling hari tu la. Cikgu Farizal. Husna suka bila sy baringkan dia atas air. Telinga usah cakapla asyik kena masuk air je kan :)

Mari tengok gambar2 Husna di dalam laut, time ni kat Taman Laut. Husna dah sunburn ok. Nampak gelap sikit anak ummi :)


alahai rindu kat Redang...


gambar2 adalah dari photographer kami iaitu Cikgu Budi

Monday, May 24, 2010

Lara Hati Nan Roti

Abaikan title yg serabut itu. Mahu bercerita tentang cuti2 di Redang tp sy tiada mood untuk menaip. InsyaAllah 2-3 hari lagi sy akan ceritakan dan tepek all the pictures yg superb.

Handphone K810 sy out of service 2-3 hari ni, due to masuk air laut. Sgt sedih. Too bad, handphone encik abang juga dan digital camera sony kami. Ceritanya erm..nantila sy cerita bagaimana boleh berlaku. Not in mood today. Kecuaian membawa padah yg amat teruk. Cuba untuk baiki kerosakan yg ada, tp tak sure la boleh ke tak. If not, terpaksa fikir untuk beli another phone la. Kena fikirkan all budgets, plus minus kami kena fikirkan untuk bulan July yg akan datang ini. Haih! Pening kepala bila fikir2 kan semula. Ya Allah! Bantulah hamba Mu yg lemah ini, ringankan beban di fikiran dan jiwaku ini. Moga hari esok membawa keceriaan kepada sy dan keluarga.

Tahniah kat my sis in law, Kak Long sebab dapat transfer tempat kerja ke Tapah. Dekatla dgn kampung halaman. Dapat surat pagi tadi, kena lapor diri 1 Jun ini. Sangat bertuah! Dah lama juga Kak Long cuba apply untuk tukar senang dekat dgn famili kan.

till next~

Thursday, May 20, 2010

Kualiti or kuantiti?

Sesekali bila tersebut dari mulut sy, "Husna jgn nakal2..nanti adik2 semua ikut nakal.." or "..Aih, ni belum ada adik lg, dah ada esok mesti lg jeles.." statement keluar bila Husna nampak sy tengah mesra2 dgn abahnya, diapun dtg menyibukkan diri :)

Tp, apa reaksi abah Husna? "..ala, yg seorang ni pun asik kena marah..sian dia..." encik abang merujuk kepada Husna, sebab sy selalu nampak macam marah2 kat Husna. Sy bukan apa, marah2 sayang. Kadang2 as a wife also as a mommy, sy pun tak mampu nak tahan semuanya. Kita penat, stress, semua tu di dalam. Jarang dapat dilihat oleh mereka dari luar. Sukar juga difahami. Manusia kan, adakala mood nya baik, adakala moodnya away. Tak pasal2, Husna yg kena :) Walhal, dia masih kecil dan langsung tidak faham apa2. Boleh kata, sy ni kurang sabar sikit dalam membesarkan anak ni. Itu yg encik abang khuatirkan. Bagaimana pula nasibnya anak2 yg lain nanti?

Orang kata jadi housewife ni senang, kerjanya membesarkan anak dan buat anak. Tp hakikatnya, siapa yg jadi housewife dia akan faham. Berbeza dgn mereka yg bekerja di luar, tekanannya adalah orang sekeliling dan atasan. Tensennya di kepala. Tp bg kami, semua anggota badan bekerja keras :) Nak tak nak, kita kena tabah dan hadapinya dgn redha. Pd sy, mungkin sudah tersurat sy hanya dapat bekerja sekejap di sebuah syarikat swasta selepas grad dulu. Rezeki sy sekarang untuk melihat anak membesar dgn baik dan sempurna. Tp kalau ada peluang untuk bekerja semula, insyaAllah sy tidak menolak :)

So, sampai sekarang sy masih berkira2 nak makan acid folic or not. Why? Sbb sy rasa, sy perlu makan acid folic untuk pregnant semula. Sy bukan jenis yg mudah lekat :) Masa Husna dulu, after 2 months sy ambil acid folic then ada rezeki pregnant. Alhamdulillah. Ramai orang kata, elok masa muda2 ni pregnant and beranak sebab kita kuat dan cergas. Masuk umur 30 an nanti mudah letih dan lembik. Naik tangga pun penat. Ada benarnya. Hehe. Nampak mudah kan. Ibu sy pun begitu dulu, selang setahun je usia kami adik beradik. Tp itu memang rezeki my mom and abah la kan dapat anak dekat2 :) Tp, my mom ni jenis tabah dan penyabar orangnya. Tak macam sy yg kurang sabar. Sekarang ni, ibu dah advised...tunggula Husna besar sikit baru dapat adik sebabnya dia tak puas lagi manja2 dgn cucu pertamanya itu :) Reasonable gak la. Cucu sulung semua orang sayang :)

So, after all this, sy decided...semuanya atas ketentuan Ilahi. If, ada maka ada lah. Kun Fa Ya Kun. Sy tak merancang dan tak juga ingin cuba menolak. Ada rezeki untuk kami sekeluarga, kami terima dgn seikhlas hati :) Tp kan, sy prefer kualiti dari kuantiti. Hehe. Apa2 je la. At least dapat 4-5 pun jadi la kan, baru meriah keluarga kami :)

Away to Redang

images from here

Hey yeah!!! :) We're going to cuti2 Malaysia! Me, encik abang and Husna. Ramai juga yg akan pergi (orang2 stesen encik abang) Plus their family members. Rehlah. Di mana? Redang Island at Terengganu saja. Banyak aktiviti bakal dilakukan such as fishing, snorkeling, diving (not sure kena ada lesen or not), lepak2 king and etc. Sy tak pernah pergi lagi but encik abang dah pernah sekali, tu pun few years ago with his friends.

Husna pun 1st time :) But, ini pulau ke 3 dalam siri jelajah pulau yg dia pernah pergi (Langkawi, Pangkor and Redang). Kecik2 dah jalan2 ke pulau:) Husna sangat suka naik feri sebab nampak air laut kan :) Doakan kepergian dan kepulangan kami mudah2 an selamat dan lancar. La ni musim2 hujan kan, mudah2 an semuanya baik2 saja. Kami away from today till Saturday. Tak lama kan. So, jam 12.30pm ni bertolak ke jeti di Merang, Setiu and by 3pm naik feri untuk ke Redang Island pula. Jom2!:) Mahu bersiap2...tata everyone~

Wednesday, May 19, 2010

Kita minum dulu!

Jom kita minum dulu! Asyik bertenet and berfb je kan, so mari kita berehat sambil minum :)

Pesanan penaja, minumla air sebanyak yg mungkin untuk mengelakkan dehidrasi ketika cuaca panas :)

Husna minum air banyak, lepas tu mudah berpeluh bila terlalu aktif. Last2 habis satu badan bau masam :) Apa la Husna ni? Penat ummi sapu lotion wangi2 lepas mandi, dia pulak berpeluh..hehe..



Muka budget cute

Budget cute la tu? Asal nampak flash camera je, dia pun mula la mengecilkan matanya dan hidung seperti ditarik2 ke dalam :)

habis tembam pipinya :)

Mungkin silaula agaknya. Mungkin juga dia memang suka buat lagu tu. Hehe. Menyengih nampak gigi atas yg 3 batang itu. Sebab tu, masa baca blog Ezan last week, tengok pic Sarah sebijik macam Husna juga bila gambar diambil :) Sama saja reaksinya. Macam dibuat2. Tp itula realitinya, memang akan 'mencengitkan' mukanya apabila kamera dihalakan ke arahnya.

Telatah yg sungguh mencuit hati. Sometimes, memang gelak besar tengok dia buat muka tu. Alahai anak ummi dan abah ni.

Tuesday, May 18, 2010

Shout with me

Adegan di mana Husna suka sangat nak menjerit. Sila slowkan volume sound pc anda :) Sy suka ulang tengok (replay) video ni. Jarang nak dapat Husna menjerit sekuat hatinya :) Bergegarla satu rumah...dgn teriakannya :)

Husna nowadays suka sangat mumbling. Apa2 pun dia nak mumble. Nak bercakap sangat agaknya anak ummi ni. Sumtimes kalau marah kat dia, lepas tu dia jawab balik. Sy pun cakap, "ha, lawan ummi..lawan ummi cakap" Dia sengih je. Bukannya dia faham apa pun kan :)

Jom tengok Husna menjerit.


Monday, May 17, 2010

Iezmierah Special Giveaway


Mari sertai Iezmierah Special Giveaway. Bersempena birthday anak Chugie iaitu Fatin. Sama2 support contest yg diorganize by kawan2 blogger kan :) Lgpun dah lama tak bercontest ni :)

Ada 2 kategori boleh dipilih, Pengkomen Tertinggi dan Pengunjung Blog Bertuah. Alahai bertuahla badan, kalau dapat 2-2 sekali kan :) Sy join 2-2 sekali la :) So, apa lagi mohla join. Tarikh tutup giveaway 22 Mei @ 9.22 pm. Selamat bercontest!

Pergilah selsema...

Sy selsema teruk malam tadi. Hujan di luar rumah, dengan kilat menyilau2 :) Pasang air cond pun sekejap aje, tp memang dah nak kena selsema gak. Sot set sot set. Tidur pun mulut ternganga agaknya sebab sukar nak breathing kan.

Pg tadi tak dapat nak siapkan breakfast encik abang. Pening semacam disebabkan selsema ini. Pukul 9 tadi encik abang siap sms, kalau tak larat masak lunch encik abang nak belikan aje lauk pauknye. Tp, sy rasa sy still larat sebab boleh berfb dan blogging kan :) Nasi dah masak, kejap lagi nak goreng ayam and masak tauge tumis air saja. Cukupla kan, makan ber3 beranak. Malam kang, if lauk dah habis boleh goreng nugget.

Oh selsema, bilakah kamu mahu recover? Kalau makan ubat selsema ni, confirm tidur sepanjang hari ni :( Kasihan kat Husna tiada siapa untuk melayan.

Saturday, May 15, 2010

Tak Berjaya

Kita lupakan episod peristiwa semalam. Biasalah, kalah menang adat pertandingan kan. Yg kalah bukan maknanya kita tak terror cuma nasib tidak menyebelahi kita. Yg penting, skuad Thomas Cup kita sudah usahakan dan beri yg terbaik. Keseluruhannya tak berjaya, sila cuba lagi di tahun2 akan datang.

Hari ini encik abang balik from Merang. Ye ye! Sukanya hati. 2 malam tidur bertemankan Husna di sisi. Ok juga berduaan dgn Husna ni. Dia tak banyak masalah. May be dia faham, abahnya kerja. Bila abahnya called, dia senyum je sambil mulutnya bla bla bla cakap bahasanya sendiri.

Rindunya nak tunggu sehingga petang ni. Moga selamat pulang encik abang!


pssst: ada perkara sy nak war2 kan. oh no! nanti sy akan beritahu bila tiba masanya. gud bye paka! *sob3x*

Friday, May 14, 2010

Day 2 without encik abang

Yesterday morning, encik abang ke Merang, Setiu ada kursus kepimpinan bersama staff2 eksekutif stesen..erm, cannot bring along family. So, sy dan Husna ditinggalkan berdua di rumah :) 1st time ni weh. Selalunya kami kena angkut sekali ke mana2 pun encik abang pergi.

But, ok gak. Tak pernah merasa lagi except masa encik abang ke Bakun dulu, tp tu pun kami stayed dengan my parents. Husna pun Alhamdulillah behave je. Tak notti and cranky. Disuap makan, dia makan. Ajak main dia main. Ajak tengok tv, dia tengok. Ajak tidur dia tidur. Ops! Tp malam tadi serius susah nak tidurkan si kecik ni. Dia dah biasa abahnya massage2 belakangnya time nak tidur tu. Ummi try la buat last night tp tak menjadi :) Last2, kena tunggu dia dah sleepy betul then bagi dia susu and tidur jua.

Hari ini hopefully pun begitu seperti semalam. Encik abang akan pulang esok. Malam ini kami berdua lagi :) Tak pe, layan Piala Thomas je la nak hilangkan boring malam ni. Tengah mendung2 ni di Paka, jemur kain pun kat bilik ampaian saja. Malas nak lari2 anak if hujan tiba2 nanti :) Husna, jom kita jalan2 Mesra Mall :)

nak pegi mana tu budak kecik? :)

Thursday, May 13, 2010

X10der sangat best (update)

Pernah dengar X10der Dahlya? Sy pun 1st time dengar cam pelik je bunyinya. Then, bila tengok barula tahu x10der ni rupanya memanjangkan lengan baju yg pendek dan melabuhkan baju yg singkat :)

Sy puji bijak founder nya Pn. Emy Dahlia. Siap jadi fan x10der kat FB lagi. Sebabnya, yerla x10der ni sangat sesuai dipakai oleh semua wanita. Ada pilihan size XS-XXL. Choices of color pun banyak, black, white, now dah ada green, orange, pink (RM35 saja each) Yg limited edition pun ada jenis bercorak tp harganya RM59, mahal sikit la kan :)

Ok, bila pakai sarung tangannya... i mean bila pakai dengan tshirt lengan pendek kat rumah, nampak macam tshirt tu sebenarnya lengan panjang. Nice je. Yg skirt tu pun, kalau baju or blouse or tshirt kita cam pendek kan, so bolehla cover bumper kita ni :) Agar kelihatan lebih sopan dan cantik sikit dipandang. Yerla, bumper orang dah kawin ni kadang2 lebar sangat kan, hehe...so why not we cover it, right? :)

packaging nya cantik :)


ni la rupa ex10der, sarung tangan dan skirt...size S,
beli from Kak Rozi, my neighbour yg jadi agent..

Tp kalau susah2 sangat pakai aje baju or tshirt yg lebih labuh sikit. Boleh jadi muslimah yg sebenar kan :) Dependla kat masing2, macam sy ni selalu dah kena brain wash dgn encik abang. Hehe. Baju2 pendek semua sudah disimpan tak pakai, rasa macam nak buat garage sale je jual baju2 tu (kebanyakannya baju2 time bergelar student dulu).

Ini sy dah tempek gambar sy pakai x10der tu, gambar pakai timer saja, abih kena crop kat photoshop :)


mcm inila rupenye :)
(sila abaikan tshirt rumah yg renyuk tu)
skirt dia labuhkan, sarung tangan dia panjangkan tshirt itu..cun kan :)
sarung tangannya x melekat kat tangan...



psst: kepada yg berminat, boleh ke Husnalilshop untuk order :)


Wednesday, May 12, 2010

Dapat dah

Dah dapat dah. Last Ahad, terima parcel from Bagskaki sebab menang contest hari tu kan. Alhamdulillah, cantik sling bag gin & jackie tu. Pilih yg brown color. Bolehla dilaram ke mana2 lepas ni :) Senang la kan, nak dukung Husna lagi, nak kelek handbag lg :)

sebelum buka parcel...

Boleh disling2 gitu :) Lepas ni, insyaAllah nak try lg masuk another contest yg mudah2 je la. Good luck to myself! :)

inila isi kandungannya :)

Visit Atok

Last Saturday, masa ada kat Johor sempat pergi visit my abah kat wad. Kluang Specialist saja. Alhamdulillah abah dah sihat sikit. Makan tu kadang2 kurang selera. End up, my ibu bawakan biskut tawar. So that abah boleh mengunyah sumting bila lapar kan.


Doc still monitor kaki abah tu. Luka operation still sakit. Ada sejengkal line part yg kena operate tu kat kaki. Mudah2 an lekas abah sembuh. Tp, still perlu memakai tongkat. Kurus je tengok abah hari tu. Husna masa mula2 datang tengok atuk nya tu langsung tak nak peluk atuk. Salam pun tak nak. Agaknya, dia pelik tengok atuk terbaring gitu. Selalunya atuk yg gamit dia and bawa dia jalan2 kan. Lepas tu jenuh tak nak lepak2 kat situ, nak pergi jalan2. Dia ajaknya sy jalan2 kat luar wad. Huhu. Sabar je la budak kecik ni. Bertatih tak mahu, nak dukung je. Last2, abah Husna ajak dia main dengan bekas ubat atok. Sukala dia tengok benda tu pusing2 :)

Dua hari lepas my abah dah leh keluar wad. Now, berehat di rumah saja. Seminggu lebih gak la my ibu ulang alik ke hospital untuk temankan abah. Risau takut abah boring kan. Hope abah cepat sihat dan kembali cergas seperti biasa :)

Tuesday, May 11, 2010

Seafood @ Senibong, JB

Banyaknya cerita nak ditepek di sini tp tiada kesempatan. Well, actually last night sampai Paka jam 1 balik from KL. Encik abang ada interview naik pangkat kat hq. Letih lagi ni. Tp bersemangat nak update blog :)

Ok, jom cerita pasal makanan. Last Friday tu, masa kami outstation Pasir Gudang last week kami berkesempatanla jalan2 cari makan kat sana. Mana tempatnya? @ Senibong, JB. Walla. My lil bro yg bawak kami. Memang bestla tempat tu bg penggemar2 seafood macam kami ni. Ok, if siapa2 yg tersesat kat JB tu, senang je nak ke Senibong ni. Just target Permas Jaya. Then, cari padang golf kat situ, haa..lepas tu senang nak jumpa Kg. Senibong ni. Restorannya di atas air. Meriah gitu. Bayar parking RM2 saja (dulu tak payah bayar my bro kata).

Pilihan seafood sangatla menarik ok dan fresh gitu! Ada pahat, lala, kerang, kupang, lobster, udang, ketam, sotong, dan macam2 la. Ikan2 pun banyak choices. Harga tak mahal dan tak murah. Ok la. Tp cam lobster tu, encik abang kata masa makan kat Bali dulu lagi murah la, harga kat Senibong ni 2x dari harga kat Bali per gram. Tak jadi nak order lobster.

So, kami just order ikan pari bakar, ikan kerapu sweet sour, sayur kailan ikan masin, sayur campur dan sup campur. Udang sotong semua tak dapat diorder, sian kat me and Husna kan yg terpaksa berpantang makanan2 gatal tu. Jap2, kat Senibong ni ada banyak deretan pilihan gerai. Malam tu, kami telah mencuba di gerai Six Corner yg depan gerai tu ada sate and otak2 kempas sedang dikipas :) Pilihan tempat duduk pula di bahagian beranda, makan sambil duduk bersila tu. Macam makan kat rumahla bg sesiapa yg tak ada meja makan kan :) Siap ada air masak dalam labu sayung lagi. Sejuk dan nyaman aje air dalam labu tu. Memang mahsyukla makan2 di sini. Berviewkan Singapore di seberang sana, cantik gakla tempat tu. Otak2 juga kami order sampai sepuluh ringgit (20 batang). Yummy! :)


otak2 wajib order, ni la rupa isi otak2 Kak Yatie :)


tu labu sayung tu...nampak?:)

the food...yummy! Total RM95

Selain itu, kalau nak makan yg siap ada dalam pakej pun boleh. So, pilih je la yg mana berkenan di hati. Makan aje apa yg dirasakan nak. Hehe. Nak nasi goreng, me goreng or whatever pun ada. Yg penting bawak aje duitnya. Erm, ada juga gerai yg boleh bayar pakai kredit card if tak cukup cash :) Mohla try kawan2 :)

Ok, jom layan pictures la.

ramainya orang...ni kalau nak duduk kat mejala kan..

Husna duk pandang air laut...

apa yg digaru tu?


encik abang...

yg lip lap depan tu la Singapore...hehe..cam dekat je kan


berdiri sambil hirup udara laut...

my lil bro and girlfriend :)

Husna and Pak Anjangnya :)

me and Husna masa baru sampai kat Senibong...

Friday, May 07, 2010

Otak2 Kempas

Salam pagi Jumaat, bersiaran dari south of Malaysia ni :) Kat Pasir Gudang, stay at rumah my lil bro saja (masih bujang) :) Mudah kan.

Teringin sangat ni nak cari otak2 kempas, yummy! Sedap tak ingat. Ada 1 yg marvelicious sangat sy pernah makan kat Pasir Putih (tak sure betul or not this place) yg terletak kat Pasir Gudang ni juga. Memang sedap, pedas cukup, besar lak tu. Last time makan, last year masa tengah pregnantkan Husna. Time tu makan tak ingatla seafood semua dgn otak2 nya lagi. Huhu. Rasa macam nak pi makan sekarang jugak, tp lom bukak lagi kedainya :) Dan kena ingat juga, Husna alergi, so tak boleh nak order udang, sotong and sewaktu dengannya.


inilah otak2
image source here



Habis kerja encik abang petang ni, kami plan nak makan otak2 jap. Then, terus balik ke Kluang, rumah my parent. Nak visit abah kat specialist. Abah sy dah masuk 4 hari admit sebab operate kaki. Last month nak jadi cerita, abah terjatuh masa duk panjat tangga nak betulkan arial kat bumbung. Mana tahu, nak terjatuh. So, bersimen kaki abah. After a month, pergila follow up untuk chek up kaki yg bersimen tu, doc kesan struktur kaki abah tu dah lari sikit. So end up kenala operate last Tuesday. Poor my abah :( Sampai la ni masih belum boleh discharge. Bisa operate tu belum pulih sepenuhnya. Mudah2 an abah lekas sembuh boleh datang Paka selalu. Abah tak boleh nak drive etc. Jalan pun bertongkat.

till next~


pssssst: terharu sangat dengar Husna nyanyi ibu, ibu...tp dia sebut bu bu..bu bu.. :)

Thursday, May 06, 2010

Outstation, Pasir Gudang

Travel lagi tengahari ini, ke Pasir Gudang. Encik abang ada kerja di sana. Kami ni duk mengikut je la :)

Selamat berhujung minggu (Terengganu esok dah start wiken kan :))
Selamat menyambut Hari Ibu :) Love it :) 2nd time menyambutnya as a mommy.

Semoga hari ibu tahun ini memberi pengertian kepada kita yg bergelar mommy ni agar menjadi ibu yg penyabar, tabah dan penyayang :)

till next~

Wednesday, May 05, 2010

Under table

Under table? Hehe. Macam underground pulak bunyinya. Apa halnya? Orang lain sibuk makan, ada pulak seorang budak tu menyelusup di bawah meja :) Nak tergelak pun ada, rupa2 nya si dia sedang sibuk mengekori seekor kucing yg comel di bawah meja tu.

Bila diangkat dia marah, last2 kami biarkan saja dia bermain di bawah tu. Asalkan dia tak merangkak or duduk kat bawah tu sudah. Risau kotor ke apa kan. Sempat pulak tu, buat muka seposen bila nampak kamera :) Anak siapala yg suka buat macam ni. Ummi dan abahnya sedap2 makan di atas, dia pulak main2 dengan kucing. Kui3.
tengah cari kucingla tu...


sempat posing under table.. :)




psst: kepada pemenang2 bertuah Purple Light 1st Giveaway yg lalu, hadiah dah siap semua tp tak dan nak postnya. insyaAllah dah post nanti sy maklumkan yer. harap bersabar dan maaf dipinta atas kelewatan yg amat :)

Tuesday, May 04, 2010

streamix vs astro

Pilihan apakah yg sy ada? Dua2 nya best kan. Ada streamix, internet pun cemerlang always. Ada astro pula, macam2 ada :) Pendek kata, 2-2 nya nak la.

But, encik abang suruh pilih salah satu je. Celcom broadband ni akan diterminate later sebab servicenya kurang bagus kat rumah ni. Signal tak berapa clear. Nak streamix ke nak astro ek? Mana paling best? Jom2, tolong vote untuk sy! Takat ni pada sy yg terpenting ialah internet sebab banyak benda nak search plus blogging and chatting with kawan2. Maka, sudah tentulah sy amat perlukan streamix kan.

Astro pun penting jugak. Since rumah ini sy duduki, only 4 channels saja yg ada kat tv tu :) tv1, tv2,tv3 dan juga tv9 dekat di hati tu. Yg mana2 sometimes tu, tak clear sangat channel2 nya :) Kadang2 duk lalu area pprt kat Paka ni, ada juga dengar encik abang cakap ...ehem2.."aik, rumah engineer pun tak de astro.." yg merujuk kepada rumah2 di area pprt tu ada juga yg mampu pasang astro ni :) May be anak2 mereka yg sudah bekerja dan mampu untuk pasang astro tu. Kami ni bukan kategori tak mampu, tp sebab rasa TAK PERLU. Hehe. Kan baik kita pentingkan keperluan daripada kehendak :)

Lgpun, kami ni bukan jenis suka tengok tv sangat. Kadang2 je kalau rasa nak layan, layan movie kat tv2 or tv3. Then, plus minus kami ni jenis yg rajin outstation kan. Rasa macam rugi pula nak pasang astro ni.

Yg penting, pilihan sy itu mesti yg terbaik dan dirasakan perlu. Waa...nampak sangat terpaksa memilih streamix saja :)

Monday, May 03, 2010

Husna turning 13 months

Hari ini, Husna dan 1 tahun dan 1 bulan. Nak mudah sebut 13 bulan dah :) Penyeri dalam famili kecil kami. Suka main pee ka boo. Suka nangis kuat2 tanpa air mata, queen of drama ok! :) Pantang kena tegur sikit, mengalir air matanya :)


Husna with abah duduk2 makan kopok lekor...

Apa sukanya? Duk perhati Husna ni 2-3 menjak lalu, ada banyak gak dia suka buat...

  • pandai dah tunjuk sana sini, paling cepat tunjuk benda yg dia suka (pelampung, air, laut, kucing etc)
  • tengah syok nonton tv kang tiba2 tuppp! tv ditutup oleh cik Husna :)
  • suka mengajuk orang sebayanya menangis :)
  • dah start minum ribena since 1 yr old ni
  • ekzemanya macam dah ok sikit, tak seteruk dulu
  • if jalan2 kat mall, dia boleh nak merangkak kat atas lantai nak ngejor baby lain yg dah boleh jalan :)
  • masih minum susu ummi :)
Husna suka main wallet ummi atau abah. Dia korek2 semua harta dalam tu, lepas tu dia kirai2 kan duit dalam wallet tu. Dia baik hati, dia bg duit tu kat kita semula. Lepas tu, dia ambil balik. Macam main tarik tali :)

smile kat kamera...:)

Ummi and abah sayang Husna, moga Husna membesar dengan sihat :)

Saturday, May 01, 2010

Selamat Hari Pekerja!

1 MEI 2010.
Selamat hari pekerja kepada mereka yg bekerja! :)


Aku juga pernah bergelar seorang pekerja, tp telah dgn rela hati mengquitkan diri mengikut suami yg duduk nun jauh di pantai timur ni :( Ikutkan rasa, memang sedihla awal2 dah berhenti. Tp, tak apa banyak hikmah di sebalik semua tu :)

InsyaAllah, may be one day nanti aku berpeluang kembali untuk bekerja seperti wanita2 lain di luar sana. Memang sayang, ada degree tp tak kerja. Mudah2 an ada rezeki di lain waktu. Ada Husna sebagai peneman di siang hari itu sudah cukup menyenangkan hati :)

Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi