Friday, April 30, 2010

Tiduran di pantai

Inilah dia kisah, seorang budak comey yg mengantuk tak ingat :). Plan asal nak ke pantai bermandi manda di Bt.4, PD masa outstation PD hari tu. Alih2, dalam kereta baru nak gerak dia dah mintak nenen. Lepas tu terus tidur dgn lenanya :) Hehe.

Punah plan nak mandi manda ye Husna. Dia yg tidur, ummi abah tak leh nak wat apa dah. Kejut2 and usik2 langsung tak gerak. Siang2 tu tak nak tidur, nak main je. Petang dah ngantuk sangat terus tertidur. Huhu. Kasihan. Sudahnya, ummi dan abah berposing saja di tepi pantai sambil hirup udara laut yg sepoi2 bahasa tu. Hari pun mendung dan macam nak hujan petang tu.



syoknya pantai...


nyenyak sangat sampai tak jaga2 :)

abah pun join buat2 tidur, ummi je jaga :)

Thursday, April 29, 2010

Mimpikan Husna

Ok. Im back! At homesweethome, Paka :) Tak sempat nak leave comments kat blog kengkawan. Selalu just blogwalking dan baca. Sori yer kawan2 semua. 2wks yg macam2, dari Penang ke Perak (kg encik abang) then balik ke Paka. Kemudian turun Johor jap and terus ke PD. Malam tadi sampai jua ke rumah kami ini, penat seh ulang alik ulang alik sini sana. Travel and travel. Hari ini encik abang kerja but esok til Ahad is holiday. Huhu. Holiday kami di Paka sahaja nampaknya. Plan asal ke Perhentian postpone again atas sebab resort semua full. Huhu. Ok, no hal...bila2 pun boleh kan.


Husna, so far ok tiada masalah. Tidak cranky bila berjalan2 ni. Tp, sometimes tu if dia penat duduk dalam kereta tu memang dia amuk kejap la. Nak suruh kita berhenti dan bawa dia jalan2 tengok tempat. Ambil angin seketika dan kemudian boleh teruskan perjalanan. Hehe. Dah faham stylenya tu, lekas jemu di dalam kereta yg lama.

Nak cite last night, tak tahula kan. Tiba2 boleh termimpikan Husna dah boleh jalan. Siap dalam mimpi tu kan, amik video semua. Sangat sukalah kedua ibu bapanya ini. Happy tak ingat tengok anak berjalan terkedek2 di dalam mimpi itu. Haih? (ngeluh kejap) Itu just mimpi ok! Stop dreamin Huda! Will wait and see saja bila Husna akan memulakan step. Sooner or later, itu semua kenala tunggu. Dia masih belum berani. Kakinya seakan digam bila tangan dilepaskan dari pegangan. Tergamam gitu. Lepas tu, dia duduk semula :( Biarla, ummi tunggu yer. Ummi doakan Husna lekas berjalan. Tp kan, dalam tak jalan sendiri tu, movement nya ligat tak ingat. I mean here, kalau kat public area tu, sibuk nak ke sana sini tp dia akan pegangla apa2 yg dia boleh pegang. Example macam, kerusi ke, dinding ke, ok dapat pegang pantas aje dia gerak ke sana sini. Itu belum lagi dapat kaki nanti, for sure dah hilang ke mana2. Hehe. Kelakarla Husna ni. Semoga mimpi ummi akan jadi dejavoo :)




Tuesday, April 27, 2010

Menang Gin&Jackie Sling!!!

Alhamdulillah, tak sangka sangat akan jadi salah seorang dari pemenang World International Women's Day Contest with Bagskaki contest.



Entry yg kutulis cuma 1. Yup! only 1 :) Tp berhasil jua untuk menang. Rezeki namanya :)


Entry yg ditulis di sini , refer >250 visitors to Bagskaki from my blog. Thanks very2 much for those yg datang ke blogku dan klik banner Bagskaki itu :)



Hadiah dimenangi ialah di bawah ini...gin&jackie slinging lucy swingpack...




ok itu saja, tahniah juga kepada winners yg lain! Check result here
Alhamdulillah :)


Monday, April 26, 2010

Outstation PD, N9

Kali ini mengikut encik abang ke PD pula. Stay 2D1N kat Kondo TNB. Mana lagi kan, situ la tempat kami kalau ke sini or paling tak pun stay rumah my abang sepupu kat Taman Dato' Abdul Samad.

Petang2 macam ni hujan lebat pula. Tak dapat bawa Husna jalan2 kat tepi laut. Erm, tak apa...boleh try esok pagi2 :)

Makan seafood di Nasreen Seafood ni sedap jugak kan. Harus diajak encik abang dan lain2 :)

Wednesday, April 21, 2010

Pergi Balik Pulau

Malam tadi berjalan ke Balik Pulau rumah my SIL. Husna suka sangat jalan malam2 ni sebab dia boleh nampak banyak lampu lampan :)

1st time Husna menyeberangi Penang Bridge. Teruja dia tengok lampu sepanjang jambatan tu. Siap joget2 ( joget2 sebab dengar lagu kat radio). Hehe. Sampai rumah my SIL, area2 belakang masjid tu, kami dijemput minum sambil menonton 'Hotel Mania'. Then, keluar untuk dinner.

Penang Bridge
credit google


Waaa...malam tadi tak berpeluang nak makan char kuey tiaw sebab rasa nak makan nasi dengan ikan 3 rasa. Huhu. Tak pe, malam ni masih ada chance. Makan dan makan, Husna paling berselera agaknya lapar benar tak jamah nasi tengahari tu. Husna ni makan ikut mood dia, if tak nak jangan harap nak bukak mulut :) Total paid untuk 4 orang makan berserta 6-7 jenis lauk only RM35++ Terkejut gak aku dan encik abang. Biaq betuiq!!! Marin masa makan macam tu jugak kat Kelate cecah RM70++ Huhu. Sungguh jauh bezanya. 2x. Tak apalah, bukan la kami berkira tp just pelik la kan. Hehe. Tp yg belanja semalam pun my PIL :) Thanks to him. Asalnya memang kami yg nak bayaq, but masa suruh mak cik tu kira, dia cakap dah bayaq la dik. Err...ye ker? Tak perasan pulak :)

So, last nite kami tidur rumah my SIL saje. Malas nak balik seberang :) Dah siap2 pack baju sikit. Pagi2 tadi dah menyeberang Penang Bridge untuk balik ke hotel. Sempat singgah kat Permatang Pauh, makan roti canai dan nasi lemak. Nyum3... Syoknya, jalan2 cari makan saje :)



Tuesday, April 20, 2010

Char kuey tiaw sedap

image source here

Kat Penang ni dah few times datang but tak pernah lg dapat makan char kuy tiaw yg betul2 ummph and yummy. Kui3.

Serius tengah mecari yg betul2 sedap. Malam ni ingat nak pi area pulau dan usha2 kedai makan yg jual char kuey tiaw tu. Huhu. Jalan2 sekali ke rumah SIL kat Balik Pulau. Waa...sedapnya, terliur sangat dah ni. Husna pun 1st time datang Penang ni.

Kawan2 yg pernah datang Penang, tahu tak kat mana char kuey tiaw yg sedap2? If tahu, boleh share dgn me. Nyum3...jom jalan2 cari makan di Penang :)



Monday, April 19, 2010

Makan angin Prai

Selamat pagi semua! Pagi Isnin yg ceriaaaa!

Alhamdulillah, semalam kami dah pun selamat sampai ke destinasi tujuan kerana mengikut encik abang outstation.

Perjalanan menaiki kereta dari Paka-Dungun-Kuala Berang-Sg.Tong-Kota Bharu-Machang-Jeli-Royal Belum-Grik dan terus ke Baling, Kedah dan sampai Penang. Imagine what, berapa buah negeri yg kami lalu? Terengganu. Kelantan, Perak, Kedah dan Penang. Hehe. Sungguh jauh kan. Alhamdulillah juga Husna tak cranky along the way. Dia macam faham je, dan prefer tidur if dah boring berjaga:) Kami berhenti lunch kat Jeli dan shoping2 sikit kat Bukit Bunga :) After jamak Zuhur and Asar terus jalan hingga sampai tempat tujuan. Dalam pukul 7 lebih pm baru sampai Perda. Ok, actually kami tak jadi gerak pukul 7 am but pukul 10 am baru mulakan perjalanan. Encik abang terpaksa ke opis sekejap. But, so far okla...on the way tu ada kawasan yg panas tak ingat, dan ada juga yg basah ditimpa hujan. So kami merasa panas sejuk along the way.

Bila sampai, kami cari dulu tempat untuk encik abang kena pergi hari ini. Plan asal dah siap book Hotel Sunway tp lastly cancel dan decided stay kat Perda ni saja. Sangat hampir dengan tempat encik abang nak pergi kerja. Ok gak la Hotel Palm Inn. Dan dekat juga nak pergi Jusco Seberang Prai City :) Kui3...itu je kerjanya, nak jalan2. Hehe.

Penat lagi sebenarnya ni, tp tak apa..saja nak menaip dan share perjalanan kami semalam. Sorry, tak ada gambar pun yg disnap :)



Sunday, April 18, 2010

Outstation Prai, Penang

By the time entry ni publish, kami tengah on the way ke Penang. Mengikut encik abang outstation. Gerak pagi2 jam 7am, hopefully dipermudahkan perjalanan kami dan selamat sampai ke destinasi, insyaAllah. Jauh tu lebih kurang 9 hours ++, mudah2 an Husna tak meragam along the way :)

Pray for our safe journey yeah! :)


psst: ada rakan2 blogger yg duk Prai? Leh calling2 jumpa :)




Friday, April 16, 2010

Jom shopping Bagskaki!

*STICKY POST till end of April*

Pernah dengar pasal Bagskaki tak? Mesti biasa dengar kan. For those yg kaki beli barang thru internet, for sure akan or pernah click Bagskaki kan. Macam2 jenis beg mereka jual dari handbag, bag sling, tote and whatsoeverla yg cantik2 pula tu dan juga ori dari jenama Coach and other designers from USA and etc. Tp, jenama Malaysia pun mereka ada jual such as from gin&jackie tu.

Rambang matala kalau tengok pictures bag2 tu semua, pendek kata susah nak pilihla. Tp harga yg ditawarkan berpatutan. Mari cuci mata tengok antara beg2 yg mereka jual, nak tengok yg lain2 anda bolehla terus ke laman webnya, Bagskaki. Cantik, menarik, pasti tertarik :)








antara pilihan yg ada di Bagskaki


Erm..tp kan kalau kawan2 nak yg free (ops! siapa tak nak FOC kan :)), maka boleh saja2 atau lepak2 ke SINI. Ada surprise untuk anda, penyertaan tiada limit dan berlangsung selama sebulan. So, jangan lepaskan peluang...sama2lah kita mencuba :) Mari sama2 menyertai World International Women's Day Contest with Bagskaki :)




Thursday, April 15, 2010

Kejar Abah

If mommies semua noticed, tak tahula u all notices or not...but ni macam perkara biasala in my routine day by day. As I can see, Husna tu kan..when abahnya not around..let say, pergi kerja or bersukan or somewhere...tak ada kat rumah la kan, dia mesti terhegeh2 nak berkepit dengan aku. But, when his abah ada je di rumah...ok, aku as her ummi akan automatik dilupakan yer except for susu dia akan cari ummi balik. Huhu. Dengar je bunyi enjin kereta, dah mula gelabah and cepat2 merangkak ke pintu. Lepas tu dia buat muka manja bila nampak kelibat abahnya. Walla...

Erm, what do u all think? Same ke pe'el nya macam Husna ni? Rata2 memang itula yg berlaku sehari2 an. Since dia dah kenal kamila kan her parents. Nampak abah je, terus dapatkan abah walaupun time tu dia tengah hisap susu ni. Laju je perginya :) Dulu tu, aku jeles gak la kan...tp lama2 dah faham. May be, dia rindu kat abahnya macam bertahun2 tak jumpa :) Aku ni kan 24 jam depan mata dia. Huhu. Macam2 perangai pun ada. And then, if dgn abahnya ni mintakla macam2..ajak keluar jalan2 depan rumah, ajak main pun dia nak. Semua boleh la, no hal punya. If dgn umminya ni, taunya nak menjerit or menangis bila ke dapur kejap or somewhere dalam rumah ni. Geram pun ada ok. But, tak kisahla..dia memang macam itu :) Nama pun masih todd.

Aku malas nak amik hati, dgn anak pun nak jeles kan..apa la. Dia kecik lagi tak faham apa :) Sabar kan diri saje...hehe...



Bila Husna Bersembang

Tak boleh tahan ok bila dengar si kecik ni bersembang. Pernah 1 night tu, time kami parents nya duk asyik menonton tv, dia kat belakang duk pok pek pok pek. Ingatkan apa hal la kan, rupa2nya tengah buat aksi bergayut di telefon. Sangat funny bila ingat2 balik that thing.

Cakap macam beriya2 la kan, "lo..lo..papa..tatata.." bla bla bla...ummi and abah just ketawa tak boleh tahan :) Abahnya kata, Husna sembang dgn boyfrend ka? Hehe. Macam2 aje kan anak2 ni. Keletah dan kerenah nya mencuit hati :)

Tp, dalam video ni tak nampak sangatla Husna macam bersembang dalam telefon just sembang2 between abah dan anak :) Bising mulutnya bila ajak bersembang :) Bab bersembang ni pun ikut mood gak, if dia tak nak jangan harap nak dengar dia bersuara.










Wednesday, April 14, 2010

Kakiku refleks

2 hari sudah, aku berkesempatan untuk merasai diurut refleksologi kaki ni. Lama dah tak merasa nikmat kena urut, last time Husna lahir tu je la. Lenguh2 badan ni rasa.. tu yg join gak refleksologi ni.

Bertempat di tempat kerja encik abang bersempena Minggu Kesihatan dan Keselamatannya, aku pun pergila buat urutan refleksologi. Dilakukan oleh orang2 cacat penglihatan juga datangnya dari daerah2 di Terengganu ini.

kawasan2 yg diurut...
source here


Ok, tengok minah yg buat tu cool je kan, tp sekali kena penangannya...fuhhhhhhhh! Hanya Tuhan yg tahu. Sakit weh. Betul2 refleksologi. 1st time ni try. Banyak angin orang kata. Huhu. Sakitnya sampai muka berkerut2 dan tergeliat2 badan ni :) Wacha!!! Plus Husna pulak lepak atas perut aku :) Kui3...si kecik ni mana nak duduk2 dgn orang lain. Hehe. Banyak kali gak aku cam tarik tali dgn minah refleksologi ni. Dia tarik nak picit, aku tarik sebab sakit :) Hehe. Kelakar kan...Memang refleks la tiap kali dia urut. Wow! Dahsyat2. Ada dalam half and hour dia urut 2 kaki ni, tp paling sakit belah kiri.

More benefits pasal refleksologi ni boleh google sendiri or klik sini. Memang bagusla untuk mereka yg alami stress ke masalah kesihatan ke or whatever.

Balik rumah petang tu, aku dan encik abang sama2 lepak. Lepas Maghrib dah lentok2 sebab kesan dari refleksologi tu kut. Semalam lepak lagi sampai tak ada mood nak online. Hari ini Alhamdulillah dah lega sikit. Kesan dari urutan itu masih terasa kalau pijak2 atas karpet :) So, bg yg belum pernah why not u all pun try kan...buang angin dalam badan. Hehe.




Tag: Barang Pertama

Tag pertama ke tahun ni? Ntah...tak ingat pulak...ikut mood gak nak jawab tag ni but since tengah free2 n tenet tengah laju selaju2nya, better buat kan..kui3.. ok tag ni from Kak Apash yg sudi mengtag aku. Jom baca sama2...


1. Barang kahwin pertama yang dipakai?

Apa yer..tak berapa nak recall. But if tak silap, perfume. Erm, tp cadar tu may be betul gak macam kak apash said, malam tidur 1st time dengan hubby kan :) Kui3...Tp perfume tu pakai esoknya nak pergi jalan2 rumah sedara lepas kawin :)


2. Barang elektrik pertama yang beli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung?

Ok, barang2 dalam rumah ni semuanya hubby dah beli time dia membujang dulu. So that, nak kata kami beli sama2 lepas nikah tak ada..tp time preggy 8 months masa tu ada pergi beli mesin hampagas (eceh nak bahasa melayu) sama2 kat courts Dungun. Tu la 1st time beli barang elektrik bersama :)


3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran?


Ok time dapat je duit, hubby bagi 3 kali bukan sekaligus. So, dapat yg 1st time tu apa lagi, mencari set cadar dan langsir untuk bilik pengantin. Lepas tu, baru pergi beli kasut nak sanding.

4. Barang pertama yang dibeli selepas bergelar isteri?

Apa yer? aduh...tak sure la...

5. Barang mahal pertama dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)?

Ok, beberapa barang kat ruang tamu ni. Beli bersama2 dan boleh kata mahal sebab beberapa items, dan sama2 setuju :)

Ok..nama berikut sila jawab tag ni ok

1. faryza
2. mastura
3. shida
4. kak yatie chomeyl
5. nieda

also for those yg suka jawab tag :)




Prezzie from Ummi

Baru2 ni, seperti yg dijanjikan ummi telah pun menghadiahkan Husna prezzie yg bestla pada Husna kan :)

Setelah2 ditelek2 di kedai toy ur us tu, pusing2 usha2 toys apa yg best, last2 ummi telah pilih itu. Abah pun agree with me, and bayar :) Hadiah from ummi but abah yg bayar k! Kui3. Ummi kan tak bergaji. Maka, wajarla abah yg bayarkan. Tq abah Husna! :)

Mari lihat aksi2 Husna yg excited dapat hadiah ummi...abah belum belikan Husna hadiah 1st birthday lagi, katanya nak tunggu Husna dah pandai jalan baru belikan. Ok, tak kisahla kan...Husna pun tak faham apa lagi, dia takkan nak tuntut janji2 abahnya tu :)



aksi budak jakun tak sabar nak bukak hadiah :)



ok, inilah toy nya...cute kan...leh belajar sambil berjalan...


ok..nak test drive la tu :)




dan taraa.........








go go Husna...jalan2 pi shopping yer..





Monday, April 12, 2010

Mr. Ummi

Apa halnya mr. ummi ni? Yerla, gelaran untuk encik abang yg sudi menjaga Husna sepanjang ketiadaan ummi pada hari Sabtu yg lepas.

Hal ini kerana, ummi terpaksa menghadiri exam untuk memasuki perkhidmatan awam gred 41. SPA. So, from pagi tu till ke petangla abah yg jaga Husna :) Cool je kan. FYI, this is my husband 1st time k, jaga Husna sehari2 an ni. Before this jaga kejap2 je if aku kena join program bersama Pelitawanis. And, Alhamdulillah, encik abang boleh handle Husna dengan baik. Just untuk tukar diaper tu, ummi juga yg kena buat :) Huhu. But, overall...okla, bagus untuk hari tu. Husna meragam ke apa, abahnya just ignore gitu2. Bawak jalan2 kat pantai dekat dengan Seberang Takir tu.

Oh yer, aku attend exam tu di Seberang Takir dekat2 dengan airport KT. Opposite tempat exam tu, ada homestay...so abang just lepaking there la. RM50 for half day, if sehari semalam RM80 only. Ok tempatnya, 1st time duduk homestay la kata kan :) Lunch hour, aku pun turut melepakkan diri kat situ, baring2 lepak2 sambil tidur2 :)

Petang after habis exam, pukul 5.30pm baru kami chek out. Saja lepak lama2. Then, singgah untuk dinner kat Pantai Kelulut. Makan ikan 3 rasa, sup campur dan ayam goreng kunyit berserta sate ayam 10 batang. Bantai makan je la lepas exam :) Sedap2. Maghrib singgah solat jamak kat Rantau Abang dan terus balik Paka. Sampai rumah dalam 9pm. Badan pun dah letih amat, layan Majalah 3 jap (pasal TNB kan, mesti nak tengok punya dulu :)) then baru naik atas tidur. ZzzzzzZZZ. Letih weh. Seharian di luar rumah since jam 6.50am. Btw, thanks very much kat encik abang sebab sudi jaga Husna :)


pssst: banyak gambar, tp malas nak upload :)

Friday, April 09, 2010

Ada apa dengan umur?

Kenapa dengan umur? Actually, tak penting mana pun perihal umur ni :) Ok, sebenarnya...dulu la kan masa zaman2 studi kat U dulu, ada la terfikir dan berangan2 tentang umur ni.

Masa tu berangan nak kawin dalam umur awal 20 an (memang pun kan) Sebabnya, nanti boleh dapat anak pun awal :) Anak sulung la kan. Lepas tu, selepas 20 tahun usia perkahwinan, anak yg sulung itu berumur 20 tahun, si emak nya ni masih kelihatan muda belia dalam 40 an saja umurnya. Hehe. Sangat berangannnnnn! Bila si emak berjalan bersama2 anaknya yg sulung itu dan juga anak2 lain...seperti berjalan bersama adik2 :P or anak buah paling koman la :P 

Perasaaaaaan sungguh! Tu la, time belajar pergi berangan pasal nak kawin awal :) Tp bila2 pikir balik, tak pela...kawin umur 24 hari tu pun dah kira ok. Dapat Husna umur 25 :) Then, insyaAllah after 20 years later...ummi baru 45 :P ahakz...teruk betul pe'el ummi ko ni Husna, suka berangaaannnn! Abah Husna time tu berapa yer...oh, dalam 6 tahun lagi baru pencen kut. Kui2...apa2 la Pn.Huda ni kan, suka benar berangan yg bukan2...suka imagine yg bukan2...hehe...

Yg penting apa, kita mesti ceria2 selalu, tu petuala kan supaya nampak muda belia. Jangan herot2 kan muka tu dan senyum2 sokmo! Walaupun hati tengah gundah gelana, muka maintain happy, boleh ke? :) Hehe...dah la, malas nak berangannn!

after 20 years later..me nampak muda lg x?:P


psstt: Kawan2 jangan marah yer entry ini pasal umur, takut ada yg sensitif :) tidak ada kene mengena dgn sesiapa jua :)








Wednesday, April 07, 2010

'Celana Dalam'

Ini bukanla cerita sensored ke apa. Tp nak cerita pasal CD. Sebut pasal CD ni kan, kita sedia maklum memang bagus penggunaanya :) As for Husna, lagi bagus kalau pakai CD saja sebab kulitnya sensitif gitu. Dan CD Husna fyi, cuma ada 2 keping saja :) Bukanlah ummi kedekut nak belikan, tp abah Husna tak beri support :P So, end up Husna just pakai pampers kadang2 brand Fitti, kadang2 Pet Pet la, etc.

Cerita pasal CD ni teringat kata2 encik abang masa nak pakaikan Husna CD last two night.
"Nak pakai CD ke cayang? erm...'Celana dalam'..." , muka selamba je masa encik abang sebut tu.
Aku yg terdengar tergelak besar. Kuang3.
"Apa bang? 'celana dalam'? kui3...kelakar la abang ni, CD for cloth diaper..."
Pastu encik abang jawab, "salah ke? betul apa...'celana dalam' pun short cutnya CD jugak..."

Ok...whatever la kan...betul jugak tu apa yg hubbyku katakan...hehe..boleh diterima akal. Else, boleh juga panggil cawat dalam :) Still CD.

If time betul2 rajin, CD Husna dapatlah pakai 2 kali saja di waktu siang. Malam terpaksa pakai pampers. Dah adanya pun 2 keping je kan :) Nantila Husna, ummi ada duit banyak ummi belikan banyak2 :)



Tuesday, April 06, 2010

Check up 1 year

Last night, both ummi and abah bawak Husna ke klinik untuk chek up setelah berbulan2 tidak kena cucuk :)


Abah turunkan ummi and Husna depan klinik and he went to Maybank sekejap settlekan cek. Register then dapat nombor giliran. Then, tiba turn kami masuk. Sembang2 sikit dengan Dr. Ros dan kemudian timbang Husna's weight. Only 8.2kg. Dr.Ros kata normal untuk baby setahun. Buat regular chek up, tengok itu ini. Then, discuss about her milestone semua. Dont worry pasal belum jalan itu :) And, finally time untuk kena cucuk. Ehem2...this time ummi yg berdebar2 ok. Pasal apa, sudah sekian lama juga Husna tak kena cucuk. One thing lagi, abah tak masuk sama...so mana tahu if Husna suddenly nangis, arggghhh...ummi tak tahan :( Sama2 nangis pulak kang. Husna pun dah besar kan, dia dah ada perasaan such as sakit, happy, sedih...semua dia dah pandai.


gambar sekadar hiasan...



Ok, back to the story...Dr. Ros asked me to peluk Husna. Langsung Dr. Ros cucuk kat punggung Husna. First masa jarum tu masuk, Husna maintain lagi but when doc cucuk ubat masuk, ha part tu la dia start melalak. Betul2 melalak ok! Dia punya suara dengar sampai kat luar bilik doc. I think, Husna terkejut sebab dia macam tak expect kena cucuk agaknya. Me try pujuk2 and peluk2 dia, and sambil tu my air mata pun dah bergenang :( Tak sukanya. Masa nak keluar bilik doc tu dia dah senyap. Hehe. Good girl. Sekejap aje melalaknya :)



Terus kat luar bilik doc, encik abang dah ada untuk dukung Husna. Agaknya dah terdengar her dauthter nangis kat dalam kut. Pujuk2 and urut2 belakang Husna. Memang! Husna actually terkejut saja dengan suntikan itu. That's why dia macam menjerit sambil air mata bergenang kat dalam tadi. So pity my baby! Tak pe, Husna kuat kan :) Then, ambil ubat demam and balik rumah. Pagi ni, Husna panas sikit tp tak teruk. Masih tidur lagi, mana taknya Subuh2 dah bangun...lepas mandikan dia tadi terus tidur semula :)









Monday, April 05, 2010

my lil Husna

Sudah 2 hari berlalu ulang tahun Husna yg pertama :) Apa yg berlaku on that day? No birthday party and so on. Both ummi and abah bawak Husna mandi manda di Chemerong Waterfall bersama rakan2 abah kat Dungun. Sebabnya, dah plan nak buat birthday party at kampung abah next month insyaallah, terpaksa postpone...lebih mudah :) Boleh celeb dengan Pak Usu Husna sekali.

Pagi2 lagi Wan Husna dah called wish birthday, diikuti oleh Nenek Husna then ada sms bertalu2 from uncle2 Husna. Me post something on my FB about Husna's birthday, and received quiet many wishes from my frens :) Thanks so much for those yg wish! Love it!!! Kat blog pun ada :)

Ok, my lil Husna, ummi and abah always pray the best for u. Always sayang u. Always care for u. Muaaaah2 my darling :) Hopefully, Husna akan membesar dengan sihat dan ceria selalu :), jadi anak yg solehah dan bijak. AMIN.


Husna since 1st day till now :)

Milestones?
  • Husna masih belum memulakan any steps. Tp sangat rajin bila kita pimpin, dia akan jalan sesuka hati :)

  • vocab semakin banyak :) nana, mama, bubu, abah, air, nenek, etc.

  • suka main bola (sebut bola or ball kat dia, cepat2 dia ambil bolanya)

  • pandai minta makan kat orang :)

  • suka buat muka kesian dan malu2 dengan orang yg dia tak kenal :)

  • gigi atas dah mula tumbuh ada 2-3 batang

  • suka kacau abah or ummi time hadap laptop, dia pun nak join sama :)

  • pandai bersosial dengan rakan2 sebayanya terutama bf sebelah rumah :)

Lain2 tak perasan pulak. Rasanya banyak juga kemahiran asas dia dah ada. Macam ajar dia bezakan kotak kosong dengan kotak ada items :) Dia suka sangat. Siap tepuk2 tangan kalau dia tahu ada items dalam kotak tu :) Masih minum susu ummi. InsyaAllah sehingga 2 tahun. Semoga Allah memberkati mu, wahai anakku. Love u~



Saturday, April 03, 2010

Happy 1st Birthday, Husna cayang!!!!

Just nak wish happy 1st birthday to our lil Husna. Will update about her milestone later...have a nice day! :)



Friday, April 02, 2010

Hadiah apa untuk Husna?

Mari kita bercerita tentang hadiah yg bakal ummi dan abah beri kepada Husna as sempena her 1st birthday, esok. Insyaallah. Tp before tu, nak minta maaf banyak2 kat kawan2 bloggers semua, ummi Husna tak de buat party bash sebab kami stay jauh di Paka, Terengganu. Plus, ada sedikit masalah. So, we've decided celebrate just 3 of us. Without atok nenek Husna (mereka dah datang last week, takkan nak ajak datang lagi...jauh tu my abah nak drive :))

Malam tadi lepas discuss..err..boleh pulak ummi dan abah berebut nak bagi hadiah yg sama kat Husna. Apa dia bendanya? Bicycle. Hehe. Bicycle yg ada 3 roda tu kan. Mesti cute tengok dia cycle kat depan rumah tu :) So, ummi bagi abah la yg beli hadiah tu. Ummi tengah fikir lagi nak bagi apa ni. Pening2 dari malam Jumaat tadi duk pikir (apa hal nak sebut malam Jumaat?) Hehe. Saje. Apa nak bagi ni? Baju ke? Macam dah banyak. Ingat memang nak belikan toys la kan. But apa? Kawan2 ada any ideas tak? Susah gak rupanya kan...Lebih susah dari kira2 Math kan...hehe...pening2...

Plan nak beli kek by today. Small and cute cake. But, tu la...abah Husna still on bed :( Huhu. Kena tunggu dia bangun dulu, Jumaat kan sini cuti.

psstt: walaupun kami tak buat birhtday party bash, tp kami alu2 kan la sesiapa yg sudi nak post hadiah Husna ke rumah :P just kidding...hehe..






Thursday, April 01, 2010

Cabaran as a mommy

Sudah tiba April. Rasa sangat pantas masa berlalu dan banyak benda telah dilalui dalam tahun ini. Minggu2 sudah aku sangat malas berblog dan bertenet. Tak pasti apa masalahnya. Mood away kut.

sibuk je tangan tu mengutip yg bukan2 :)

Nak aktifkan diri semula :) Mari story tentang Husna. Si kecik ini suka sangat menjerit bila kita yg dikelilingnya tak memberi perhatian. Ye la kan, sumtimes...ummi abah tengah busy with something. Dia macam boring bila tak ada orang nak talk2 dengan dia or main2 dengan dia. Menjerit juga bila ummi sedang sibuk berblogging dan facebook. Time nak susu juga akan menjerit jika lambat diberi :) Memang nature baby2 begitu kan. Suka nak perhatian orang lain. Ala..sape2 pun suka kan perhatian especially macam ummi ni pun suka bila abah Husna beri perhatian kat ummi :)


dapat dah kertas untuk dikoyak dan dimakan...

Bersyukur sangat sebab rasa diri ini buat masa ini lengkap dengan kehadiran Husna dalam famili kami. Selama melihat dia membesar depan mata sendiri, banyak perubahan yg berlaku dalam diri aku. Boleh dikatakan, cabaran membesarkan anak sangatlah besar sebenarnya dan menuntut kesabaran seadanya. Akan terasa sedih jika berjauhan dengannya. Bila marah2 tu teringat, dulu time my mom membesarkan kami adik beradik if dia marah2 tu sebenarnya dia sayang. Memang betul pun, bila aku marah2 Husna (secara tak sengaja terlepas marah, tp bukan selalula) sori sayang...kemudian akan cepat2 merasa menyesal kerana marahkan dia. Bukannya tahu apa pun budak kecik ni, masih baby dan terlalu kecil untuk memahami. Pokok pangkalnya, kita as a mommy, memang kena kreatif dalam mengharungi detik demi detik bersama anak untuk memahami dan mengenalinya lebih mendalam. Belajar dari pengalaman dan amalkan sikap terbuka :) Sayang Husna...





Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi