Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha :)

Selamat menyambut hari raya aidiladha kawan2 semua! :) Semoga pengorbanan kita pada tahun ini memberi 1000 hikmah kepada diri kita dan keluarga! AMIN~

Banyak perkara baru berlaku dalam minggu ini yg seperti mendadak ceritanya. Bermula dgn my younger bro, Adik yg dapat offer TNB (as non exec). Kemudian, encik hubby mengajak aku ikut stay kat Bakun (Ahad ni fly). My only sis, Cik Cik Husna pula dapat offer Bank Islam (marketing punya kerja, promote kad kredit je la nanti). Then, my bro sorang lagi tu, Pak Lang Husna dapat offer untuk jalani kursus tenaga pengajar kat Kuittho, Batu Pahat selama 6 months. My mom tak putus2 ucap Alhamdulillah :) Siap nak buat pulut kuning lagi hajatnya :) InsyaAllah...

So, selamat hari raya! Berhati2 di jalan raya! Ingatlah orang yg tersayang! :)



Tuesday, November 24, 2009

Husna dah naik walker

Lama tak cerita pasal Husna kan. Erm, anakku itu sekarang sudah semakin banyak perubahannya. Husna agak lasak dan aktif. Even tengah tidur pun boleh pusing2 satu katil :) (lasak tak ingat)

Ok, Husna kan dah lama pandai berdiri since dia 6 month ++. So, sekarang ni aktiviti berdirinya semakin ligat dan sudah semakin kuat. Semalam, my abah and ibu aka atuk and nenek Husna menghadiahkan Husna sebuah walker. Thanks a lot! Memang itu pun hajat my abah :) Saja nak hiburkan hati cucunya. Walker ni pada mulanya memang aku tak nak belikan sebab baca banyak pros and cons about walker.


Husna tengah test drive walker ni...

Tp selepas beberapa ketika dan difikirkan sebaik2nya serta mengkaji, aku setuju nak dudukkan Husna dalam walker. So far, dia tak gayat. Husna pun dah pandai duduk dan juga sudah boleh berdiri dengan bantuan memegang sisi sofa or apa2 untuk dia berdiri. Dudukkan dia dalam walker pun just time kami tengah busy mengemas and makan2 time. Waktu2 lain aku biarkan Husna explore sendiri dengan caranya sendiri such as merangkak, berdiri or memanjat2 badan. Cerita bab memanjat2 badan ni, habis dipanjat semua tak kirala badan aku ke, badan atok dia ke, nenek dia ke or pakcik2 dia asalkan dapat memanjat :)


Adalah benda dia tengah duk pikir tu...

Apa yg pasti, bila Husna dalam walker ni kena take care lebihla kan risau dia terjatuh ke or duk mencapai apa2 yg di atas meja. Huhu. Rajin mencapai si kecik ni sekarang. Pantang nampak apa2 yg dia suka atas meja memang laju aje dia nak pergi ambil :)




Monday, November 23, 2009

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tahniah kat my lovely cousin, Kak Nor yg selamat melahirkan baby twins girls pagi tadi jam 9.40am kat Darul Ehsan MC.

Both ummi and baby2 sihat dan disahkan tiada jaundis. Si kakak 2.8kg while si adik 2.5kg. Keluar melalui tingkap (memang itu pilihan Kak Nor). Maka, cukuplah 4 orang anak Kak Nor and Abg Jo. Lepas ni, kata Kak Nor dia nak tutup kedai dah :) Alhamdulillah.

Tahniah juga kat my lil bro sebab dapat pra tawaran untuk kerja dgn TNB. Alhamdulillah. Soon, adik akan duduk kat Ilsas untuk menjalani latihan dan seterusnya bekerja. Mudah2 an adikku itu akan berjaya dalam lifenya! :) Hai! keluargaku ini penuh dgn staff TNB la gamaknya :)

Husna and Pak Usu...


Dalam pada itu juga, encik hubbyku ada bertanya ... "nak ikut pergi Bakun tak?..." erm, aku jawab nak! Ya la, kesian kat abang duk ulang alik 2 minggu sekali semata2 nak jenguk aku dan Husna. So, bila kami dah ke sana nanti tak de la episod rindu2 an lagi... save sikit tiket flight dan juga bil telefon :)

Selain itu, aku dah received beberapa kad jemputan kahwin from kawan2 yg bakal menamatkan zaman bujang masing2 tak lama lagi. Antaranya, Kak Zakiah (senior x-SMKL), Zack (x-SMKL) dan juga Shida (x-uniten). InsyaAllah jika berkesempatan mmg nak sangat tengok mereka naik pelamin dan makan nasi minyak :) Tahniah kat both of them! Welcome to the club as husband and wife!!!



Friday, November 20, 2009

Jalan2 Langkawi (Part 1)


image source from Google

Langkawi, sebuah pulau yg penuh cerita2 lagenda dan sejarah. Tripku dan keluarga bermula from Shah Alam. Awal2 pagi selepas menikmati breakfast bihun goreng yg disediakan oleh Mak Long, kami pun memulakan the journey. Kami terdiri daripada my abah, my mom, adik bongsuku, Husna and me.

Sepanjang jalan tu rasanya tak jumpa langsung tempat yg kering. Basah saja jalannya. Ikut Plus. Ada beberapa buah R & R yg kami singgah untuk merehatkan badan dan mengenyangkan perut :). Jalan dan jalan hingga kami tiba ke Changlun untuk tuju ke jeti Kuala Perlis. Tiba sana lebih kurang jam 2 lebih, my mom called Cik Idah (Ucu Kak Norku). Cik Idah datang dgn suaminya membawa kami ke sebuah kedai makanan berhampiran perkampungan nelayan. Kami dijamu ketam goreng tepung, laksa Perlis dan nasi ayam. Tiket feri (RM18 one way) pukul 4pm. Hujan masih lagi turun.

Setelah parked kereta kat tempat letak kereta berbumbung (sehari RM10), kami pun tuju ke jeti untuk menaiki feri ke Langkawi. Smooth je perjalanan menaiki feri ni walaupun hujan. Alhamdulillah tiba di daratan lebih kurang jam 5pm tu, tengok keadaan kat Langkawi yg cantik hilang kejap penat lelah dalam perjalanan. Terus call mamat yg kami janji nak sewa kereta tu. Dapat kereta Wira auto. Okla kut. Then, perjalanan diteruskan untuk ke tempat penginapan. Erm. kami ni kan 1st time datang (my abah pernah pergi kursus kat Langkawi ni dulu tp long2 time ago lupa dah) so agak terkial2 juga untuk tuju ke tempat penginapan. Ada map pun macam tak reti guna. So, hampir sejam juga nak sampai kat Pantai Tengah nun. Dah nak Maghrib gitu.

Settled hal penginapan yg cantik tu, kami pun berehat2... Husna dah siap mandi, aku pun mandi gak la. Solat semua. Makan2 sambil tengok tv tak lama tu terus masuk bilik menidurkan diri.

~ to be continue ~




Thursday, November 05, 2009

Jom Langkawi!

Hari ni aku gerak ke Bangi, petang dalam pukul 3, my lil bro ada interview kat Ilsas ala kat Uniten gak. Lepas2 tu, insyaAllah kami semua gerak ke Shah Alam pula tumpang tidur rumah Kak Nor, my cousin. Soon Kak Nor dah nak due dah :) Tak sabar nak tunggu kehadiran si kembar, insyaAllah. Suppose nak 'dibawa keluar' this week (36 weeks dah) but berat both baby2 tak cukup 2kg. So, postponela nampaknya.

Esoknya, Jumaat insyaAllah pagi2 tu nak gerak ke Langkawi pula. Mudah2 an kami semua selamat pergi dan pulang. 4 hari 3 malam. Without my lovely hubby :( Takpe2, semoga perjalanan kami selamat dari sebarang bahaya dan bahana... AMIN.

May be selama kat Langkawi tu aku tak online sebab malas nak bawak my lappy (sudah ditinggalkan di rumah). Apa gunanya bawak modem broadband ke hulu ke hilir? :P






Wednesday, November 04, 2009

Baby kembung perut

Kembung perut memang sering terjadi di kalangan baby2 kan. Husna juga tak terkecuali. Aku selalu juga duk surf bout this thru internet. Cari2 info dan sebab berlakunya kembung perut. Since dalam hari lagi Husna dah alaminya. Kata my mom, mungkin ada sangkut paut dengan cara penanaman uri Husna hari tu. Kalau ikut orang2 lama, elok disimpan di dalam bekas yg dibuat dari tanah kan... for example pasu ke, bekas dari tanah liat ke. Tp kes Husna ni masa tu, simpan dalam bekas besi (if im not mistakenla) aku tidur lagi keletihan melahirkan Husna masa proses tanam uri Husna tu.

So, uri Husna tu MUNGKIN tak berapa nak serasi. Not sure bout this. Tu yg MUNGKIN jadi salah satu sebab Husna sering kena kembung perut. Tp bila dah semakin membesar ni, dah kurang sikit sakitnya tu. Dah jarang dia nangis malam2. Just ada masa dia demam and batuk2 kebelakangan ni, kembung perutnya datang lagi. Mengeras jadinya. Tak kentut2. Cara nak mengatasi, aku sapukan dengan minyak yu yii cap limau :) Lepas tu, Alhamdulillah lega sikit rasanya. Tak de dia nangis menjerit2 lagi.

Sapu vicks pun bagus. Tp hati2 yer dengan penggunaan vicks, jangan sapu kat hidung baby (not suitable for baby under 2 years old). Else, aku baringkan dia dengan cara terlungkup (baru try 2 malam lepas). Ok juga. Dia tak la menangis kuat2. Mungkin dia rasa lega. Si kecik ni since dah start makan, ada masa perut dia masuk gak angin. Agaknya lapar... erm Husna ni macam mana nak cakap ek? Ikut suka dia nak makan ke tak. Hehe. Ada kala banyak gak dia makan bila disuap, sometimes tu langsung tak nak... Dia tak suka kut. Ada info aku dapat, try colimix (baby 6 months above aje boleh). Terbaik takat ni. Tak pernah lagi try. Gripe water pun ok. Tp dulu2 masa aku dan adik2 ku zaman baby2, my mom tak pernah bagi. Sebab my mom ada terbaca kat isi kandungannya mengandungi sedikit alkohol (my mom was2, so tak pernah bagi kat kami). Sekarang ni mungkin dah tak ada. Aku pun tak sure. Tak tengok lagi gripe water tu :)

Itu aje nak share... :)





Tuesday, November 03, 2009

Husna turn 7 months

03.11.09. Husna turn 7 months today! :)

Alhamdulillah. Membesar dgn sihat. Sedang belajar untuk duduk. Kesian sbb tengah berlatih nak duduk tu kadang2 kepalanya tersembam ke lantai. Tak stabil lg kan.

Dah banyak vocab yg disebut eg. ababa. Suka lambai tangan kat orang (sebut tata dia akan wave). Aku tengah fikirkan cara nak kurangkan Husna tengok iklan kat TV tu. Dah jadi habit dia, tengok iklan sampai tak berkelip mata. If dihalang, dia pandai pulak tunduk or tegakkan kepala sebab nak gak tengok tv tu :)


sy dah siap nak pi jalan2 :)

Banyak benda sebenarnya yg Husna dah achieve but im not in mood nak menaip. Tengah duk usha2 Langkawi. Soon nak ke sana. Jalan2. InsyaAllah this Friday will be there. But abah Husna not coming along :( Tak pela, ibu abah and adik ada pun dah ok! Later leh ajak abang sekali pergi. Ni konon2 nak soping tp we will see apa yg akan dibawa balik oleh me and ibu :)

Happy birthday 7 months Husna sayang from ummi and abah :)




Sunday, November 01, 2009

Husbandku ke Bakun

Pagi2 tadi dah gerak from rumah ibu abah kat Johor ni tuju ke KLIA. Menghantar abang yg diarahkan oleh hq untuk training di Bakun, Sarawak. Sedih rasanya. Long time dah tak jauh2 dgn abang macam ni. Since ada Husna mana ada kami jauh2 sangat except during confinement time hari tu.

Abang kena start kerja esok kat sana. So pagi tadi sampai KLIA around 9am. Abang nak chek in sebuah aje beg besarnya. Sebuah lagi hand luggage berisi quran, kain pelikat dan laptop abang. Mak abah in law pun ada datang hantar (kebetulan mereka datang visit my sis in law kat Sg.Buloh). Agak lama kami akan berjauhan macam ni. 3 months gitu (what?until end of January). What to say? Dah namapun arahan, kalau tak pergi kang takut kena black list susah lak kan.

will miss this guy very much...

Flight abang pukul 11.35am. Abang sampai Bintulu lebih kurang jam 1.40pm. Dah ada staff yg tunggu abang di sana. Then mereka bawak abang and membernya tour explore kat Bintulu. Mungkin abang shopping2 sikit since kat Bakun tu tak ada kedai katanya. 3 jam lebih trip from Bintulu ke Bakun, penat dalam kereta kata abang. Jalan pun tak berapa elok. Bila sampai kat Bakun, bilik yg disediakan kata abang macam bilik hotel. Okla kan :) Tv besar, ada ASTRO (perlu ke?) hehe... dan ada fridge. But talian internet tak ada. But if bawak broadband boleh aje nak access cause kat Bakun tu ade 3G signal. Mantappp! So buat masa ni tak dapatla nak chatting2 with him thru tenet. Tak pe, handphone ada... call or sms aje :)

About Husna... hope sangat dia tak terlalu merindukan abahnya tu. FYI, Husna tersangat rapat dgn abang. Husna pandai sebut abah rather than called ummi (aeiou... a dulu kan). Sepanjang petang tadi tak ada pulak dia meragam. Tp aku noticed, dia tak nak jauh2 dari aku. Mesti sedih bunyi nangisnya. May be dia perasan abah dia tiada. Mudah2 an bila abang balik sekali sekala nanti dia tak pulak buat muka pelik or tak cam siapakah itu?

Untuk abang, Huda doakan abang diberi keselamatan dan kesihatan yg baik sepanjang berada di Bakun dan moga selamat pulang ke pangkuan kami sekeluarga later2 on. Take care of urself! Selalu2 la give me a call or sms or missed call :) Will miss u a lot! Muaahhhh!!!







Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi